Sunday, 22 March 2015

SENARAI NAMA PELAJAR

1.    AHMAD AMIRULLAH BIN ISMAIL
2.    AHMAD FAIZAL BIN MOHD HUSIN
3.    ALEEYA ATHIRA BINTI AHMAD FAUDZI
4.    AMIRUL SYAHMIR BIN ZAINUDIN
5.     IDZHAM BIN MISPAN
6.     MOHAMAD HAFIZI BIN MUSTAPA
7.     MOHAMAD IZZUAN MIN MASRON
8.     MOHAMAD LUTFI AMIR BIN YAAKUB
9.     MIHAMMAD ALIF BIN MOHD ZAINI
10.   MOHAMMAD ASWAT BIN HAMDAN
11.   MUHAMMAD ADAM BIN ZABIDI
12.   MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD ZAIN
13.   MUHAMMAD IZRIN IKMAL BIN MD NAZAR
14.   MUHAMMAD RIDZWAN BIN INDRA GUNAWAN
15.   MUHAMMAD SYAFIUL AZRIQ BIN MOKHTASAR
16.   NOORUL SHUHADA BINTI ALI
17.   NOREZATUL HANIM BINTI NORDIN
18.   NORSHAHRILIZUAN BIN MISRAN
19.   NURJAIMA BINTI AMIR
20.   NUR SYAHIRAH BINTI ZAKARIAL
21.   SYAFIQA NUR AMEERA BINTI MOHD ZAIDI
22.   UMMI KHALTOM BINTI HAMZAH

Audio



audio

Thursday, 19 March 2015

Internet

Kebaikan dan keburukan internet kepada masyarakat.


Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.


Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan.


Selain itu, internet merupakan saluran komunikasi antarabangsa. Teleperubatan dimungkinkan dengan adanya internet. Pakar-pakar perubatan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan adanya internet. Pelbagai pembedahan dan diagnosis dimungkinkan melalui internet. Komunikasi dalam aspek ekonomi dan politik pula dapat dimungkinkan dengan telekonferens. Ini memudahkan sesuatu urusan komunikasi dalam usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu tempat. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya kemudahan internet. Internet ini memberi faedah kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk melanjutkan pengajian mereka tanpa menjejakkan kaki ke menara gading.


Internet juga memudahkan urusan harian manusia di mana pembayaran bil elektrik, air, kad kredit dan bil-bil lain dapat dilakukan dengan mudah. Hubungan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan pendidikan antarabangsa untuk memohon kemasukan ke kursus pengajian atau peluang kerja dapat dibuat melalui internet. Urusan menerusi internet bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga dapat memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan dengan mudah.


Walau bagaimanapun, internet juga memudaratkan manusia jika disalahgunakan. Kemudahan ini boleh digunakan untuk menceroboh dan mengganggu seperti `hacking’ yang kini banyak berlaku. Laman-laman web kerajaan mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu. Keselamatan negara juga sukar dikawal kerana segalanya dihubungkan melalui rangkaian antarabangsa. Beberapa tahun kebelakangan inn, pusat keselamatan negara Amerika Syarikat, Pentagon diceroboh oleh seorang kanak-kanak berusia dua belas tahun. Ini memudaratkan aspek keselamatan negara dan dunia.


Selain itu, virus komputer yang menjadi bahan bualan sejak kebelakangan ini juga disebarkan melalui internet. Kini, banyak virus komputer yang dicipta boleh mengakibatkan data-data dalam komputer hilang dan ada juga virus yang mengakibatkan kerosakan komputer. Ini akan mengakibatkan sesebuah syarikat atau agensi kerajaan lumpuh kerana sistem dan data-data mereka terganggu. Aspek kesihatan juga dikaitkan dengan penggunaan internet. Seseorang yang menggunakan komputer akan duduk di hadapan skrin komputer untuk tempoh masa yang lama. Ini akan membawa masalah kesihatan seperti penyakit mata, sakit tulang belakang dan sebagainya.


Kesimpulannya, internet mempunyai banyak kebaikan dan keburukan. Para pengguna perlu memahami kegunaan internet dan memastikan is digunakan untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan pengawasan ibu bapa dan guru adalah penting agar generasi muda memanfaatkan internet demi melahirkan masyarakat berilmu di negara ini.

Kelab Malam

Kelab malam ialah sejenis tempat istirahat yang berniaga pada waktu larut malam. Walaupun juga sejenis kedai arak, namun kelab malam berbeza dengan barpub atau tavern kerana dilengkapi ruang tarian dan khidmat DJ yang memainkan lagu pop dan tarian yang rancak. Muzik yang diperdengarkan dalam kelab malam dikumandangkan oleh kugiran live atau adunan lagu yang dimainkan oleh seorang DJ yang dikumandangkan melalui sistem pembesar yang serba lengkap. Kebanyakan kelab malam mengutamakangenre muzik tertentu, seperti technohouseheavy metalgaragehip hopsalsadancehall, atau soca.

Dalam kebanyakan kes, memasuki kelab malam memerlukan bayaran atau yuran yang dipanggil caj perlindungan. Kebanyakan golongon wanita mungkin telah di arahkan supaya perlindungan mereka diketepikan atau dikurangkan (di Britain, ini adalah menyalahi undang-undang di bawah Kesaksamaan Akta 2010 [1] tetapi undang-undang jarang dikuatkuasakan dan pencabulan terbuka yang kerap). Kawan penjaga pintu atau pemilik kelab boleh mendapat kemasukan percuma. Kadang-kadang, terutamanya di kelab-kelab yang lebih besar di negara-negara Eropah, seseorang hanya perlu mendapatkan resit bayaran mereka di pintu masuk, di mana semua wang yang dibelanjakan di disko (sering termasuk bayaran masuk) akan ditanda dan dibayar selepas mereka berhibur. Kadang-kadang, caj kemasukan dan kos penjagaan pakaian dibayar dengan wang tunai dan hanya minuman di kelab dibayar menggunakan kad bayaran.

Banyak kelab malam menguatkuasakan kod pakaian untuk memastikan jenis tertentu pelanggan hadir di tempat mereka. Beberapa kelab malam mewah mengharamkan hadirin daripada memakai pakaian sukan, kasual atau seluar jeans, manakala di sesetengah kelab malam akan membuat promosi secara tertutup kepada "pakaian untuk menarik perhatian" iaitu kod pakaian yang membolehkan pengunjung mendapat baucer atau pas kemasukkan secara percuma. Banyak pengecualian yang dibuat kepada kod pakaian di kelab malam, kebanyakan kemasukan yang dinafikan biasanya kepada mereka yang dianggap tidak sesuai untuk parti yang dihakimi oleh pengawal pintu. Terdapat kelab malam tertentu seperti kelab malam fetish dimana pengunjung hanya dibenarkan untuk memakai kod kulit, getah atau pakaian fantasi sahaja. Kriteria kod pakaian seperti ini sering dibantah kerana dianggap diskriminasi kepada sesetengah individu.

Kongsi Gelap

Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang.Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah disisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran, dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.
Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan(ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang2 bawahan. Orang atasan(ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana Pihak atasan memberi perkerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya.Kebaikan yang diamalkan dalam ahli kongsi gelap adalah melindungi ahli keluarga sendiri lebih dari diri sendiri dan juga setia kawan.
Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa2 lain seperti India dan Melayu.
Kumpulan kongsi gelap di Malaysia bermula dengan kedatangan pelombong-pelombong bijih timah yang telah di bawa masuk dari Tanah Besar China oleh pihak Hindia Timur British. Pelombong-pelombong ini kebanyakkannya adalah pengikut2 setia "Tentera Merah" Dinasti Ming yang telah dijatuhkan oleh Dinasti Qing. Apabila berada di negara orang mereka lebih bersatu dan memastikan anak bangsa mereka meneruskan perjuangan mereka. Ketika itu dikenali dengan nama Hong Mun dengan kod angka 3821 mereka mengumpul ahli-ahli baru dan dana kewangan untuk membantu kumpulan mereka yang berada di China untuk menentang Dinasti Qing. Seiring dengan peredaran zaman kumpulan patriotik ini telah disalah gunakan oleh pemimpin2 baru yang inginkan kemewahan dan tamakkan kuasa maka ia berkembang menjadi kongsi gelap. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,35,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa2 lain seperti 08,18,24,30,35,36,360,77,99,313(pesima) dan lain-lain. Kumpulan kongsi gelap 35 merupakan suatu kumpulan yang sangat aktif di kedah dan hanya dianggotai oleh orang India. Jadi, ia dianggap sebagai satu-satunya kumpulan kongsi gelap India. Kumpulan-kumpulan kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan2 liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.
Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Kung (Dewa Perang) sebagai idola yang di puja-puja. Malah di dalam sumpah setia meraka mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".
Kongsi gelap di negara lain dikenali dengan pelbagai nama seperti kumpulan MafiaCosa Nostra, The BrotherHood, Corsican Mafia, Vatos Locos, MS13 dan banyak lagi.

Sumbang Mahram

Sumbang mahram atau inses ialah kegiatan seks antara ahli-ahli keluarga yang rapat. Ia merupakan suatu pantang larang dalam kebanyakan kebudayaan, baik pada masa lampau mahupun pada masa kini, termasuk juga dalam kebudayaan-kebudayaan yang lebih permisif terhadap perkara-perkara seks yang lain. Umpamanya, masyarakat Marquesas Polinesia Perancis sebelum dipengaruhi oleh dunia Barat membenarkan keseksualan kanak-kanak dan pengujikajian, tetapi tidak membenarkan sumbang mahram.
Pengertian yang tepat tentang istilah ini amat berbeza kerana kebudayaan-kebudayaan yang berbeza mempunyai tanggapan-tanggapan yang berbeza tentang apa yang dimaksudkan dengan "kegiatan seks" serta "ahli keluarga yang rapat". Sesetengah kebudayaan hanya mengambil kira mereka yang mempunyai hubungan melalui kelahiran, sedangkan yang lain termasuk mereka yang mempunyai pertalian melalui perkahwinan serta pengambilan anak angkat. Ada juganya kebudayaan yang melarang sebarang hubungan seks antara mereka yang dibesarkan dalam rumah tangga yang sama, manakala ada yang melarang hubungan seks antara orang-orang yang dibesarkan dalam rumah tangga yang berkait.
Sumbang mahram boleh berlaku antara saudara yang sama jantina mahupun berlainan jantina. Ia juga boleh berlaku antara saudara kandung, ibu bapa dengan anak-anaknya, serta antara saudara-saudara dewasa.
Sumbang mahram antara saudara yang rapat merupakan satu jenayah dalam kebanyakan bidang kuasa wilayah, termasuk kes-kes yang mendapat kesepersetujuan, walaupun sekali lagi apa yang dimaksud dengan istilah "rapat" berbeza-beza. Bagaimanapun, oleh sebab sumbang mahram merupakan suatu perbuatan perorangan yang dilakukan secara sulit, undang-undang sumbang mahram merupakan sebuah undang-undang yang susah dikuatkuasakan. Terdapat banyak perbezaan antara negara-negara tentang keseriusan jenayah sumbang mahram, dengan sebilangan negara seperti Australia menganggap sumbang mahram sebagai satu kesalahan berat yang boleh didakwa, manakala negara-negara yang lain menganggapnya sebagai suatu jenayah kecil dengan hukuman yang jauh lebih ringan.
Konsep-konsep "sumbang mahram" dan "pembiakbakaan dalam" adalah tidak sama.
"Sumbang mahram" merujuk kepada pantang larang kegiatan seks dari segi sosial antara orang-orang perseorangan yang dianggap bersaudara terlalu rapat untuk berkahwin. Dengan kata yang lain, sumbang mahram merupakan sepatah istilah sosial dan kebudayaan. Sebaliknya, "pembiakbakaan dalam" merujuk kepada pembiakan antara orang-orang perseorangan dengan gen yang terlalu rapat, tanpa mengira kedudukan-kedudukan sosial mereka. Istilah ini ialah istilah saintifik dan bukannya istilah sosial atau kebudayaan.
Dalam banyak masyarakat, takrif untuk "sumbang mahram" dan "pembiakbakaan dalam" adalah sama. Umpamanya, hubungan seks antara orang-orang yang rapat gennya dianggap sebagai sumbang mahram. Sebaliknya, dalam masyarakat-masyarakat yang lain, hubung kaitnya mungkin tidak sebegitu ketara. Banyak budaya menganggap hubungan seks antara sepupu selari sebagai sumbang mahram, tetapi tidak hubungan seks antara sepupu silang, walaupun tahap hubungan genetik tidak berbeza. Selain itu, hubungan seks mungkin dianggap sebagai sumbang mahram walaupun tidak terdapat sebarang hubungan genetik, umpamanya antara:
  • ibu bapa tiri dengan anak tirinya
  • seorang lelaki dengan kakak atau adik iparnya
  • seorang perempuan dengan abang atau adik iparnya
walaupun hubungan-hubungan tersebut tidak membabitkan sebarang risiko pembiakbakaan yang melebihi perkahwinan yang dibenarkan.

Lepak

Budaya lepak ialah amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi, biasanya oleh golongan remaja. Mereka memerhati orang ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-kadang sambil bermain lagu atau menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik gadis-gadis yang lalu dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu.
Budaya lepak juga sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah.


punca-punca jadinya budaya lepak :-
  • Sikap ibu bapa
Ada ibu bapa yang terlalu mengharap anak-anak dididik sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah dan tidak mengambil perhatian yang berat dalam pendidikan anak-anak.
  • Keadaan di rumah
Sikap ibu bapa yang mementingkan diri sendiri, sering bertengkar, dan berselisih faham menimbulkan ketakutan dan kebosanan di kalangan anak-anak.
  • Pengaruh rakan sebaya
Remaja mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru.
  • Pengaruh media massa dan eletronik
Rancangan-rancangan televisyen yang dihasilkan dari negara Barat sudah mendominasi hampir separuh daripada slot-slot rancangan televisyen yang disiarkan.