Wednesday, 18 March 2015

Seks Luar Nikah


Pengenalan
  • Kelakuan seks remaja bermula pada umur yang berbeza berdasarkan nilai-nilai    budaya dan sosial mereka.
  • Kajian di tempat yang berlainan di dunia menunjukkan seks sebelum kahwin    biasanya tidak dirancang.
Siapakah yang berisiko?
  • Mereka yang terlibat dalam penggunaan arak dan dadah
  • Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa
  • Kurang berminat dengan sekolah
  • Sejarah penderaan fizikal atau seksual
  • Kurang pengawasan ibu bapa
Apakah kesan-kesannya?
  • Dari aspek perubatan:
    • Kehamilan yang tidak diingini
    • Pengguguran anak yang tidak selamat
    • Pembuangan bayi
    • Jangkitan seksual
  • Dari aspek psikologi dan sosial:
    • Masalah perhubungan.
    • Mengalami gangguan emosi
    • Tiada keharmonian keluarga dan sosial
    • Implikasi undang-undang
Bagaimana untuk mengelakkannya?
  • Elakkan melakukan hubungan seks
    • Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri. Jangan biarkan orang lain memaksa anda.
    • Aanda boleh melindungi kesihatan dan emosi anda dengan mengatakan "Tidak, bukan sekarang". Anda masih boleh berkata "tidak"; walaupun pernah berkata "ya" sebelum ini. Lihat (Ketegasan).
    • Pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda tidak akan meminta seks sebelum kahwin
    • Ingat : badan anda adalah tanggungjawab anda untuk menjaganya dengan baik.
  • Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah.
  • Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman, aktiviti budaya atau kerja-kerja sukarela.
  • Semua agama utama dan budaya kita, seks luar nikah adalah dilarang. Anda mengambil tindakan yang bijak jika anda taat kepada ajaran agama.
Apakah implikasi undang-undang yang ada?
  • Rang undang-undang jenayah Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Kod Penal Akta 574 telah menetapkan umur minima untuk kesalahan tertentu.
  • Ia menyatakan bahawa perempuan yang berumur di bawah 16 tahun atau lelaki yang berumur di bawah 13 tahun dianggap tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi undang-undang.
  • Contohnya, umur minima untuk perhubungan seksual dengan persetujuan kedua belah pihak seperti yang terkandung dalam seksyen 375 adalah untuk untuk menghukum mereka yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak  /remaja di bawah umur. Ini dikenali sebagai "Statutory rape" .

No comments:

Post a Comment