Wednesday, 18 March 2015

VCD Cetak Rompak



Cetak rompak (atau pencabulan hakcipta) bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi undang-undang hakcipta tanpa izin, maka mencabuli salah satu hak eksklusifpemilik hakcipta asli, seperti hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta, atau menghasilkan karya hasilan yang berasaskan karya yang dihakcipta itu.

Terdapat pelbagai cara dimana hasil karya dirompak atau disalin tanpa kebenaran pemilik hakcipta. Penyalinan tersebut dibuat dengan cara:
  1. Menerbitkan semula sebahagian atau kesemua hasil karya.
  2. Membuat salinan kepada pelbagai bentuk sama ada cara mengambil gambar, membuat salinan secara elektronik atau komputer, fotostat, rakaman video, rakaman suara, menaip semula atau diubah kepada PDF.
  3. Menyalin kandungan bahan dan dijual semula dengan tajuk yang berbeza.
  4. Mengeluarkan bahan atau perkakas yang menggunakan idea yang sama, dimana idea tersebut telah dihakcipta.

Kegiatan memuat turun bahan lucah dan berkongsi rakaman muzik dalam bentuk MP3 dan fail-fail audio yang lain makin berleluasa[perlu rujukan], itupun setelah berkuburnyaNapster dan tuntutan mahkamah atas pencabulan hakcipta berturut-turut yang dikemukakan badan-badan industri rakaman. DVD screener yang diedar oleh studio filem (biasanya untuk penilaian bagi anugerah) juga dijadikan sumber utama penyalinan tanpa izin apabila filem-filem masih ditayangkan di pawagam, dan pihak MPAA di Amerika Syarikat sudah cuba mengehadkan penggunaannya. Filem juga disalin oleh seseorang yang menyeludup masuk kamera video ke dalam pawagam dan merakam pancarannya secara senyap-senyap (juga dikenali sebagai "CAM"), namun salinan-salinan sedemikian lazimnya kurang bermutu berbanding salinan keluaran rasmi. Kegiatan berkongsi salinan muzik adalah sah di kebanyakan negara, dan sesetengah rantau di Eropah, selagi maklumat sedemikian tidak diiklankan atau lagu-lagunya dijual.
Rakam rompak (bootleg) ialah rakaman muzik yang belum dikeluarkan secara rasmi oleh artis atau syarikat pengurusan atau penerbitan yang bersekutu dengannya. Rakaman sedemikian boleh terdiri dalam bentuk demo, outtake atau bahan studio yang lain, atau juga rakaman persembahan live secara haram. Penggemar muzik boleh menggunakan istilah "bootleg" untuk membezakan rakaman-rakaman ini daripada salinan "cetak rompak" bagi bahan yang dikeluarkan secara komersil, tetapi rakaman-rakaman tersebut masih dilindungi hakcipta meskipun belum dikeluarkan secara rasmi, maka pengedaran bahan-bahan sedemikian masih menyalahi undang-undang.
Di sesetengah negara, orang yang menjual bahan berhakcipta secara haram juga diketahui menjaja VCD, CD, dan DVD di tepi jalan, pasarpasar malam dsb.
Penggunaan kandungan teks secara haram juga merupakan sebentuk pencabulan hak cipta yang mana kegiatan menyalin teks dari satu laman ke satu laman yang lain tanpa restu pengarang adalah meluas di jaringan seduniaRoberta Beach Jacobson mengkritik penggelapan karya-karya pengarang oleh laman-laman web dalam rencana beliauCopyrights and Wrongs. Rencana ini dimasukkan dalam articlestree.com [1] pada 27 November2001; ironinya, rencana itu telah disalin ke beratus-ratus laman web, [2]kebanyakannya mengaku memegang hak cipta atas karya tersebut atau mengenakan caj untuk mencapainya.

Dari sudut undang-undang, cetak rompak bermaksud aktiviti penyalinan, pengedaran dan penggunaan produk harta intelek secara haram tanpa izin pemegang hak cipta bagi harta intelek tersebut. Kegiatan cetak rompak merupakan satu kesalahan menurut Akta Hakcipta 1987. Harta intelek bermaksud sebarang produk dan hasil karya yang didaftarkan hak ciptanya seperti bukumuzikfilem, siaran televisyen dan radioperisian komputer serta rekabentuk industri. Semua harta intelek adalah dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987.
Kegiatan cetak rompak berleluasa di Malaysia disebabkan beberapa faktor berikut:-
  1. Kurangnya kesedaran di kalangan pengguna mengenai harta intelek
  2. Harga produk cetak rompak yang jauh lebih murah daripada produk tulen.
  3. Salah guna teknologi seperti penulis CD dan penulis DVD pada komputer yang digunakan untuk tujuan cetak rompak
  4. Salah guna internet yang dijadikan medium penyebaran produk cetak rompak.

No comments:

Post a Comment