1. AHMAD AMIRULLAH BIN ISMAIL
2. AHMAD FAIZAL BIN MOHD HUSIN
3. ALEEYA ATHIRA BINTI AHMAD FAUDZI
4. AMIRUL SYAHMIR BIN ZAINUDIN
5. IDZHAM BIN MISPAN
6. MOHAMAD HAFIZI BIN MUSTAPA
7. MOHAMAD IZZUAN MIN MASRON
8. MOHAMAD LUTFI AMIR BIN YAAKUB
9. MIHAMMAD ALIF BIN MOHD ZAINI
10. MOHAMMAD ASWAT BIN HAMDAN
11. MUHAMMAD ADAM BIN ZABIDI
12. MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD ZAIN
13. MUHAMMAD IZRIN IKMAL BIN MD NAZAR
14. MUHAMMAD RIDZWAN BIN INDRA GUNAWAN
15. MUHAMMAD SYAFIUL AZRIQ BIN MOKHTASAR
16. NOORUL SHUHADA BINTI ALI
17. NOREZATUL HANIM BINTI NORDIN
18. NORSHAHRILIZUAN BIN MISRAN
19. NURJAIMA BINTI AMIR
20. NUR SYAHIRAH BINTI ZAKARIAL
21. SYAFIQA NUR AMEERA BINTI MOHD ZAIDI
22. UMMI KHALTOM BINTI HAMZAH
Sunday, 22 March 2015
Thursday, 19 March 2015
Internet
Kebaikan dan keburukan internet kepada masyarakat.
Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.
Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan.
Selain itu, internet merupakan saluran komunikasi antarabangsa. Teleperubatan dimungkinkan dengan adanya internet. Pakar-pakar perubatan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan adanya internet. Pelbagai pembedahan dan diagnosis dimungkinkan melalui internet. Komunikasi dalam aspek ekonomi dan politik pula dapat dimungkinkan dengan telekonferens. Ini memudahkan sesuatu urusan komunikasi dalam usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu tempat. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya kemudahan internet. Internet ini memberi faedah kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk melanjutkan pengajian mereka tanpa menjejakkan kaki ke menara gading.
Internet juga memudahkan urusan harian manusia di mana pembayaran bil elektrik, air, kad kredit dan bil-bil lain dapat dilakukan dengan mudah. Hubungan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan pendidikan antarabangsa untuk memohon kemasukan ke kursus pengajian atau peluang kerja dapat dibuat melalui internet. Urusan menerusi internet bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga dapat memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan dengan mudah.
Walau bagaimanapun, internet juga memudaratkan manusia jika disalahgunakan. Kemudahan ini boleh digunakan untuk menceroboh dan mengganggu seperti `hacking’ yang kini banyak berlaku. Laman-laman web kerajaan mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu. Keselamatan negara juga sukar dikawal kerana segalanya dihubungkan melalui rangkaian antarabangsa. Beberapa tahun kebelakangan inn, pusat keselamatan negara Amerika Syarikat, Pentagon diceroboh oleh seorang kanak-kanak berusia dua belas tahun. Ini memudaratkan aspek keselamatan negara dan dunia.
Selain itu, virus komputer yang menjadi bahan bualan sejak kebelakangan ini juga disebarkan melalui internet. Kini, banyak virus komputer yang dicipta boleh mengakibatkan data-data dalam komputer hilang dan ada juga virus yang mengakibatkan kerosakan komputer. Ini akan mengakibatkan sesebuah syarikat atau agensi kerajaan lumpuh kerana sistem dan data-data mereka terganggu. Aspek kesihatan juga dikaitkan dengan penggunaan internet. Seseorang yang menggunakan komputer akan duduk di hadapan skrin komputer untuk tempoh masa yang lama. Ini akan membawa masalah kesihatan seperti penyakit mata, sakit tulang belakang dan sebagainya.
Kesimpulannya, internet mempunyai banyak kebaikan dan keburukan. Para pengguna perlu memahami kegunaan internet dan memastikan is digunakan untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan pengawasan ibu bapa dan guru adalah penting agar generasi muda memanfaatkan internet demi melahirkan masyarakat berilmu di negara ini.
Kelab Malam
Kelab malam ialah sejenis tempat istirahat yang berniaga pada waktu larut malam. Walaupun juga sejenis kedai arak, namun kelab malam berbeza dengan bar, pub atau tavern kerana dilengkapi ruang tarian dan khidmat DJ yang memainkan lagu pop dan tarian yang rancak. Muzik yang diperdengarkan dalam kelab malam dikumandangkan oleh kugiran live atau adunan lagu yang dimainkan oleh seorang DJ yang dikumandangkan melalui sistem pembesar yang serba lengkap. Kebanyakan kelab malam mengutamakangenre muzik tertentu, seperti techno, house, heavy metal, garage, hip hop, salsa, dancehall, atau soca.
Dalam kebanyakan kes, memasuki kelab malam memerlukan bayaran atau yuran yang dipanggil caj perlindungan. Kebanyakan golongon wanita mungkin telah di arahkan supaya perlindungan mereka diketepikan atau dikurangkan (di Britain, ini adalah menyalahi undang-undang di bawah Kesaksamaan Akta 2010 [1] tetapi undang-undang jarang dikuatkuasakan dan pencabulan terbuka yang kerap). Kawan penjaga pintu atau pemilik kelab boleh mendapat kemasukan percuma. Kadang-kadang, terutamanya di kelab-kelab yang lebih besar di negara-negara Eropah, seseorang hanya perlu mendapatkan resit bayaran mereka di pintu masuk, di mana semua wang yang dibelanjakan di disko (sering termasuk bayaran masuk) akan ditanda dan dibayar selepas mereka berhibur. Kadang-kadang, caj kemasukan dan kos penjagaan pakaian dibayar dengan wang tunai dan hanya minuman di kelab dibayar menggunakan kad bayaran.
Banyak kelab malam menguatkuasakan kod pakaian untuk memastikan jenis tertentu pelanggan hadir di tempat mereka. Beberapa kelab malam mewah mengharamkan hadirin daripada memakai pakaian sukan, kasual atau seluar jeans, manakala di sesetengah kelab malam akan membuat promosi secara tertutup kepada "pakaian untuk menarik perhatian" iaitu kod pakaian yang membolehkan pengunjung mendapat baucer atau pas kemasukkan secara percuma. Banyak pengecualian yang dibuat kepada kod pakaian di kelab malam, kebanyakan kemasukan yang dinafikan biasanya kepada mereka yang dianggap tidak sesuai untuk parti yang dihakimi oleh pengawal pintu. Terdapat kelab malam tertentu seperti kelab malam fetish dimana pengunjung hanya dibenarkan untuk memakai kod kulit, getah atau pakaian fantasi sahaja. Kriteria kod pakaian seperti ini sering dibantah kerana dianggap diskriminasi kepada sesetengah individu.
Dalam kebanyakan kes, memasuki kelab malam memerlukan bayaran atau yuran yang dipanggil caj perlindungan. Kebanyakan golongon wanita mungkin telah di arahkan supaya perlindungan mereka diketepikan atau dikurangkan (di Britain, ini adalah menyalahi undang-undang di bawah Kesaksamaan Akta 2010 [1] tetapi undang-undang jarang dikuatkuasakan dan pencabulan terbuka yang kerap). Kawan penjaga pintu atau pemilik kelab boleh mendapat kemasukan percuma. Kadang-kadang, terutamanya di kelab-kelab yang lebih besar di negara-negara Eropah, seseorang hanya perlu mendapatkan resit bayaran mereka di pintu masuk, di mana semua wang yang dibelanjakan di disko (sering termasuk bayaran masuk) akan ditanda dan dibayar selepas mereka berhibur. Kadang-kadang, caj kemasukan dan kos penjagaan pakaian dibayar dengan wang tunai dan hanya minuman di kelab dibayar menggunakan kad bayaran.
Kongsi Gelap
Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang.Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah disisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran, dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.
Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan(ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang2 bawahan. Orang atasan(ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana Pihak atasan memberi perkerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya.Kebaikan yang diamalkan dalam ahli kongsi gelap adalah melindungi ahli keluarga sendiri lebih dari diri sendiri dan juga setia kawan.
Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa2 lain seperti India dan Melayu.
Kumpulan kongsi gelap di Malaysia bermula dengan kedatangan pelombong-pelombong bijih timah yang telah di bawa masuk dari Tanah Besar China oleh pihak Hindia Timur British. Pelombong-pelombong ini kebanyakkannya adalah pengikut2 setia "Tentera Merah" Dinasti Ming yang telah dijatuhkan oleh Dinasti Qing. Apabila berada di negara orang mereka lebih bersatu dan memastikan anak bangsa mereka meneruskan perjuangan mereka. Ketika itu dikenali dengan nama Hong Mun dengan kod angka 3821 mereka mengumpul ahli-ahli baru dan dana kewangan untuk membantu kumpulan mereka yang berada di China untuk menentang Dinasti Qing. Seiring dengan peredaran zaman kumpulan patriotik ini telah disalah gunakan oleh pemimpin2 baru yang inginkan kemewahan dan tamakkan kuasa maka ia berkembang menjadi kongsi gelap. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,35,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa2 lain seperti 08,18,24,30,35,36,360,77,99,313(pesima) dan lain-lain. Kumpulan kongsi gelap 35 merupakan suatu kumpulan yang sangat aktif di kedah dan hanya dianggotai oleh orang India. Jadi, ia dianggap sebagai satu-satunya kumpulan kongsi gelap India. Kumpulan-kumpulan kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan2 liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.
Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Kung (Dewa Perang) sebagai idola yang di puja-puja. Malah di dalam sumpah setia meraka mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".
Kongsi gelap di negara lain dikenali dengan pelbagai nama seperti kumpulan Mafia, Cosa Nostra, The BrotherHood, Corsican Mafia, Vatos Locos, MS13 dan banyak lagi.
Sumbang Mahram
Sumbang mahram atau inses ialah kegiatan seks antara ahli-ahli keluarga yang rapat. Ia merupakan suatu pantang larang dalam kebanyakan kebudayaan, baik pada masa lampau mahupun pada masa kini, termasuk juga dalam kebudayaan-kebudayaan yang lebih permisif terhadap perkara-perkara seks yang lain. Umpamanya, masyarakat Marquesas Polinesia Perancis sebelum dipengaruhi oleh dunia Barat membenarkan keseksualan kanak-kanak dan pengujikajian, tetapi tidak membenarkan sumbang mahram.
Pengertian yang tepat tentang istilah ini amat berbeza kerana kebudayaan-kebudayaan yang berbeza mempunyai tanggapan-tanggapan yang berbeza tentang apa yang dimaksudkan dengan "kegiatan seks" serta "ahli keluarga yang rapat". Sesetengah kebudayaan hanya mengambil kira mereka yang mempunyai hubungan melalui kelahiran, sedangkan yang lain termasuk mereka yang mempunyai pertalian melalui perkahwinan serta pengambilan anak angkat. Ada juganya kebudayaan yang melarang sebarang hubungan seks antara mereka yang dibesarkan dalam rumah tangga yang sama, manakala ada yang melarang hubungan seks antara orang-orang yang dibesarkan dalam rumah tangga yang berkait.
Sumbang mahram boleh berlaku antara saudara yang sama jantina mahupun berlainan jantina. Ia juga boleh berlaku antara saudara kandung, ibu bapa dengan anak-anaknya, serta antara saudara-saudara dewasa.
Sumbang mahram antara saudara yang rapat merupakan satu jenayah dalam kebanyakan bidang kuasa wilayah, termasuk kes-kes yang mendapat kesepersetujuan, walaupun sekali lagi apa yang dimaksud dengan istilah "rapat" berbeza-beza. Bagaimanapun, oleh sebab sumbang mahram merupakan suatu perbuatan perorangan yang dilakukan secara sulit, undang-undang sumbang mahram merupakan sebuah undang-undang yang susah dikuatkuasakan. Terdapat banyak perbezaan antara negara-negara tentang keseriusan jenayah sumbang mahram, dengan sebilangan negara seperti Australia menganggap sumbang mahram sebagai satu kesalahan berat yang boleh didakwa, manakala negara-negara yang lain menganggapnya sebagai suatu jenayah kecil dengan hukuman yang jauh lebih ringan.
Konsep-konsep "sumbang mahram" dan "pembiakbakaan dalam" adalah tidak sama.
"Sumbang mahram" merujuk kepada pantang larang kegiatan seks dari segi sosial antara orang-orang perseorangan yang dianggap bersaudara terlalu rapat untuk berkahwin. Dengan kata yang lain, sumbang mahram merupakan sepatah istilah sosial dan kebudayaan. Sebaliknya, "pembiakbakaan dalam" merujuk kepada pembiakan antara orang-orang perseorangan dengan gen yang terlalu rapat, tanpa mengira kedudukan-kedudukan sosial mereka. Istilah ini ialah istilah saintifik dan bukannya istilah sosial atau kebudayaan.
Dalam banyak masyarakat, takrif untuk "sumbang mahram" dan "pembiakbakaan dalam" adalah sama. Umpamanya, hubungan seks antara orang-orang yang rapat gennya dianggap sebagai sumbang mahram. Sebaliknya, dalam masyarakat-masyarakat yang lain, hubung kaitnya mungkin tidak sebegitu ketara. Banyak budaya menganggap hubungan seks antara sepupu selari sebagai sumbang mahram, tetapi tidak hubungan seks antara sepupu silang, walaupun tahap hubungan genetik tidak berbeza. Selain itu, hubungan seks mungkin dianggap sebagai sumbang mahram walaupun tidak terdapat sebarang hubungan genetik, umpamanya antara:
- ibu bapa tiri dengan anak tirinya
- seorang lelaki dengan kakak atau adik iparnya
- seorang perempuan dengan abang atau adik iparnya
walaupun hubungan-hubungan tersebut tidak membabitkan sebarang risiko pembiakbakaan yang melebihi perkahwinan yang dibenarkan.
Lepak
Budaya lepak ialah amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi, biasanya oleh golongan remaja. Mereka memerhati orang ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-kadang sambil bermain lagu atau menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik gadis-gadis yang lalu dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu.
Budaya lepak juga sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah.
punca-punca jadinya budaya lepak :-
- Sikap ibu bapa
- Ada ibu bapa yang terlalu mengharap anak-anak dididik sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah dan tidak mengambil perhatian yang berat dalam pendidikan anak-anak.
- Keadaan di rumah
- Sikap ibu bapa yang mementingkan diri sendiri, sering bertengkar, dan berselisih faham menimbulkan ketakutan dan kebosanan di kalangan anak-anak.
- Pengaruh rakan sebaya
- Remaja mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru.
- Pengaruh media massa dan eletronik
- Rancangan-rancangan televisyen yang dihasilkan dari negara Barat sudah mendominasi hampir separuh daripada slot-slot rancangan televisyen yang disiarkan.
Wednesday, 18 March 2015
Minuman Keras
Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan "mood". Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski. Amalan meminum minuman keras atau minuman beralkohol merupakan suatu tabiat buruk terutama sekali pada remaja kita masa kini. Masalah ini mempunyai tahap serius yang sama dengan masalah-masalah sosial lain yang melanda negara kita. Malah masalah ini kian hari kian meruncing.
Faktor-faktor
Antara faktor-faktor yang mendorong para remaja untuk mengambil minuman keras termasuk:
1. Pengaruh rakan sebaya
Ramai remaja menganggap bahawa alkohol memudahkan mereka mendapat ramai kawan dan diterima sebagai sebahagian dari kumpulan tersebut. Jika mereka enggan mengikut cara hidup rakan, mereka takut akan kehilangan rakan. Dalam realiti, rakan yang tidak mengambil alkohol boleh lebih dipercayai dan merupakan kawan yang sentiasa mengambil berat. Perhubungan antara kawan juga lebih sihat tanpa penggunaan alkohol.
2. Iklan yang dipaparkan
Namun pengiklanan arak dalam panggung wayang, dalam VCD, media cetak tidak diharamkan dibenarkan semakin kerap. Kita lihat media cetak, akhbar-akhbar bahasa Inggeris semakin kerap mengiklankan minuman-minuman beralkohol. Pengiklanan sekarang menjadi sangat menarik. Sekarang ini syarikat arak sudah mulai menaja sukan. Belum lagi sukan mass massa seperti bola ataupun badminton tetapi sudah mula menaja sukan seperti golf. Menggunakan wanita mengeksploitasi wanita yang seksi, yang mengghairahkan untuk juga menjual arak juga menarik perhatian remaja.
3. Mudah didapati
Penjualan arak dijalankan di mana-mana sahaja. Kesannya, remaja tidak menghadapi kesusahan dalam mendapat alcohol pada bila-bila masa sahaja. Ini telah mendorong mereka untuk mengambil minuman keras dengan lebih kerap.
Kesan-kesan
Alkohol membawa banyak kesan negatif iaitu:
1. Memudaratkan kesihatan
Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri. Kesan pengambilan minuman keras ialah mereka tidak mampu mengawal emosi serta hilang keupayaan berfikir. Keadaan menjadi semakin teruk apabila pelajar mula ketagihan minuman keras itu. Masalah tersebut akan merosakkan kesihatan pelajar sekali gus menjejaskan pelajaran dan masa depan mereka.
2. Tahap kemalangan meningkat
Kebanyakan kes-kes kecederaan dan kematian disebabkan oleh pemandu mabuk. Pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala dan meragam di dalam perut. Jenis kandungan dadah yang terdapat di dalam minuman beralkohol ini ialah etil alkohol atau etanol. Ia merupakan dadah sedatif yang memperlahankan aktiviti sistem saraf. Oleh itu, kemungkinan yang besar bagi kemalangan untuk berlaku dalam keadaan mabuk.
3. Kelakuan di luar kawalan
Manusia memiliki pusat kawalan di otak. Pusat kawalan itu melarang seseorang daripada melakukan perbuatan yang di anggap salah. Contohnya seseorang itu pada kebiasaannya tidak menggunakan bahasa kasar atau kesat ketika berhadapan dengan kedua ibu bapa dan dengan orang yang lebih tua. Apabila seseorang meminum alkohol, pusat kawalan tersebut menjadi tersekat. Inilah yang mengakibatkan seseorang yang mabuk melakukan perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan peribadinya. Contohnya seseorang yang mabuk didapati menggunakan bahasa kesat dan tidak menyedarinya kesilapan itu walaupun sedang berhadapan dengan kedua ibu bapanya. Mereka akan berkelakuan buruk.
Manusia memiliki pusat kawalan di otak. Pusat kawalan itu melarang seseorang daripada melakukan perbuatan yang di anggap salah. Contohnya seseorang itu pada kebiasaannya tidak menggunakan bahasa kasar atau kesat ketika berhadapan dengan kedua ibu bapa dan dengan orang yang lebih tua. Apabila seseorang meminum alkohol, pusat kawalan tersebut menjadi tersekat. Inilah yang mengakibatkan seseorang yang mabuk melakukan perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan peribadinya. Contohnya seseorang yang mabuk didapati menggunakan bahasa kesat dan tidak menyedarinya kesilapan itu walaupun sedang berhadapan dengan kedua ibu bapanya. Mereka akan berkelakuan buruk.
Cara mengatasi
1. Peranan ibu bapa
Ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana remaja merupakan golongan yang sangat menginginkan perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat ditenangkan menerusi perasaan cinta ibu bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan banteng keegoan yang menebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh kepada anak-anak. Andai kata remaja ketandusan kasih sayang, sudah pasti mereka akan mencari haluan lain untuk melepaskan diri dari kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mula bergaul dengan rakan sebaya untuk mencari keseronokan serta mengambil alkohol untuk melepaskandiri daripada permasalahan.
2. Kempen kesedaran
Kempen kesedaran harus dijalankan bagi menanam kesedaran di kalangan masyarakat terutamanya para remaja tentang bahaya dan akibat pengambilan minuman keras. Kempen-kempen ini boleh diadakan di tempat umum dan juga sekolah supaya anak-anak sekolah mendapat pengetahuan tentang kesan daripada arak.
VCD Cetak Rompak
Terdapat pelbagai cara dimana hasil karya dirompak atau disalin tanpa kebenaran pemilik hakcipta. Penyalinan tersebut dibuat dengan cara:
- Menerbitkan semula sebahagian atau kesemua hasil karya.
- Membuat salinan kepada pelbagai bentuk sama ada cara mengambil gambar, membuat salinan secara elektronik atau komputer, fotostat, rakaman video, rakaman suara, menaip semula atau diubah kepada PDF.
- Menyalin kandungan bahan dan dijual semula dengan tajuk yang berbeza.
- Mengeluarkan bahan atau perkakas yang menggunakan idea yang sama, dimana idea tersebut telah dihakcipta.
Kegiatan memuat turun bahan lucah dan berkongsi rakaman muzik dalam bentuk MP3 dan fail-fail audio yang lain makin berleluasa[perlu rujukan], itupun setelah berkuburnyaNapster dan tuntutan mahkamah atas pencabulan hakcipta berturut-turut yang dikemukakan badan-badan industri rakaman. DVD screener yang diedar oleh studio filem (biasanya untuk penilaian bagi anugerah) juga dijadikan sumber utama penyalinan tanpa izin apabila filem-filem masih ditayangkan di pawagam, dan pihak MPAA di Amerika Syarikat sudah cuba mengehadkan penggunaannya. Filem juga disalin oleh seseorang yang menyeludup masuk kamera video ke dalam pawagam dan merakam pancarannya secara senyap-senyap (juga dikenali sebagai "CAM"), namun salinan-salinan sedemikian lazimnya kurang bermutu berbanding salinan keluaran rasmi. Kegiatan berkongsi salinan muzik adalah sah di kebanyakan negara, dan sesetengah rantau di Eropah, selagi maklumat sedemikian tidak diiklankan atau lagu-lagunya dijual.
Rakam rompak (bootleg) ialah rakaman muzik yang belum dikeluarkan secara rasmi oleh artis atau syarikat pengurusan atau penerbitan yang bersekutu dengannya. Rakaman sedemikian boleh terdiri dalam bentuk demo, outtake atau bahan studio yang lain, atau juga rakaman persembahan live secara haram. Penggemar muzik boleh menggunakan istilah "bootleg" untuk membezakan rakaman-rakaman ini daripada salinan "cetak rompak" bagi bahan yang dikeluarkan secara komersil, tetapi rakaman-rakaman tersebut masih dilindungi hakcipta meskipun belum dikeluarkan secara rasmi, maka pengedaran bahan-bahan sedemikian masih menyalahi undang-undang.
Di sesetengah negara, orang yang menjual bahan berhakcipta secara haram juga diketahui menjaja VCD, CD, dan DVD di tepi jalan, pasar, pasar malam dsb.
Penggunaan kandungan teks secara haram juga merupakan sebentuk pencabulan hak cipta yang mana kegiatan menyalin teks dari satu laman ke satu laman yang lain tanpa restu pengarang adalah meluas di jaringan sedunia. Roberta Beach Jacobson mengkritik penggelapan karya-karya pengarang oleh laman-laman web dalam rencana beliauCopyrights and Wrongs. Rencana ini dimasukkan dalam articlestree.com [1] pada 27 November, 2001; ironinya, rencana itu telah disalin ke beratus-ratus laman web, [2]kebanyakannya mengaku memegang hak cipta atas karya tersebut atau mengenakan caj untuk mencapainya.
Dari sudut undang-undang, cetak rompak bermaksud aktiviti penyalinan, pengedaran dan penggunaan produk harta intelek secara haram tanpa izin pemegang hak cipta bagi harta intelek tersebut. Kegiatan cetak rompak merupakan satu kesalahan menurut Akta Hakcipta 1987. Harta intelek bermaksud sebarang produk dan hasil karya yang didaftarkan hak ciptanya seperti buku, muzik, filem, siaran televisyen dan radio, perisian komputer serta rekabentuk industri. Semua harta intelek adalah dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987.
Kegiatan cetak rompak berleluasa di Malaysia disebabkan beberapa faktor berikut:-
- Kurangnya kesedaran di kalangan pengguna mengenai harta intelek
- Harga produk cetak rompak yang jauh lebih murah daripada produk tulen.
- Salah guna teknologi seperti penulis CD dan penulis DVD pada komputer yang digunakan untuk tujuan cetak rompak
- Salah guna internet yang dijadikan medium penyebaran produk cetak rompak.
Pembuangan Bayi
Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung. Lihat kehamilan remaja.
|
Mengapa terjadinya pembuangan bayi?
Bayi dibuang kerana:
- Kehamilan yang tidak diingini
- Perhubungan seks rambang dan luar nikah
Apakah kesan pembuangan bayi?
Kesan dari sudut:
Perubatan
Perubatan
- Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna
- Kesihatan ibu yang terjejas akibat:
- Kehilangan darah
- Jangkitan kuman
- Kecederaan sewaktu bersalin
Psikologi dan sosial
- Murung
- Hilang keyakinan diri
- Rasa bersalah
- Resah atau gelisah
- Masalah emosi dan hubungan interpersonal
Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi.
Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.
Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.
Bagaimana mengelakkan pembuangan bayi?
Elakkan kehamilan jika anda belum:
Semua agama utama di Malaysia
|
Elakkan seks sebelum kahwin
- Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri
- Lindungi kesihatan dan emosi anda tanpa seks sebelum kahwin
- Belajar berkata "Tidak, belum lagi". Anda sentiasa boleh berkata "Tidak" walaupun pernah berkata"Ya" sebelum ini. Lihat ketegasan
- Jika pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda, dia tidak akan meminta seks sebelum kahwin
- Ingat: badan anda adalah tanggungjawab anda. Jagalah badan anda dengan baik
- Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah
- Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti kebudayaan dan kerja-kerja sukarela
- Jika anda sudah melakukan hubungan seks sebelum kahwin:
- Fikirkanlah kesan dan akibatnya dengan teliti dan mendalam
- Dapatkan bantuan jika anda hamil
- Anda boleh mengatur supaya bayi anda dijadikan anak angkat
- Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan
- Terdapat berbagai agensi yang boleh membantu anda
- Pastikan anda tahu mengenai implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi
Di mana anda boleh mendapatkan bantuan jika anda hamil?
Dapatkan bantuan dari:
- Ibu bapa sekiranya anda boleh berbincang dengan mereka
- Kaunselor sekolah
- Guru sekolah
- Doktor dan anggota kesihatan di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan
- Pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan
Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi
Di bawah Akta Kanak-kanak 2001(Child Act) - Akta 611:
- Seksyen 17 - Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga
- Seksyen 46 - Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah
Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code:
- Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20
Subscribe to:
Posts (Atom)